Koleksi Gambar / Program Pengawasan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMANTAUAN KUALITI UDARA SUSULAN KEBAKARAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN OLAK LEMPIT, BANTING, SELANGOR
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS SELANGOR
- Lokasi
- BANTING
Penerangan
Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah ke lokasi kebakaran di kawasan Perindustrian Olak Lempit, Banting, Selangor pada 15 hingga 17 Januari 2026. Pemantauan kualiti udara dijalankan di lokasi yang berhampiran dengan premis yang terbakar tersebut.
Hasil pemantauan mendapati bahawa tiada gas toksik atau kimia berbahaya dikesan oleh alat Multigas Detector (Dräger) dan Portable Multigas Analyser CEREX Shepherd FTIR.
Pemantauan juga mendapati bahawa masih terdapat pencemaran bau di kawasan sekitar yang boleh menyebabkan kacau ganggu bau kepada golongan sensitif bergantung kepada arah dan kelajuan angin. Kerja-kerja pembersihan masih sedang giat dijalankan oleh pihak Syarikat.
Golongan sensitif seperti warga emas dan kanak-kanak adalah dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti luar atau berada di lokasi yang berhampiran dengan kawasan kebakaran tersebut.
Sebarang aduan pencemaran alam sekitar boleh disalurkan kepada JAS melalui talian bebas.