Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Pengawasan Air Sungai
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang Bersama Syarikat Konsesi
- Lokasi
- Lembangan Sungai Juru
Penerangan
Persampelan air sungai dalam lembangan Sungai Juru di bawah program Pengawasan Kualiti Air Sungai Manual Q1/2026 bersama Syarikat TW S/B pada 21/1/2026.
Aktiviti ini memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar praktikal di Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang berkaitan pengawasan kualiti air sungai manual.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) meneruskan perogram pengawasan kualiti air sungai pada 2024 bagi menentukan kualiti air sungai dan mengesan perubahan ke atas kualiti air sungai. Sample-sample air sungai diambil daripada stesen-stesen yang telah ditetapkan dan diukur kualaitinya secraca insitu serta dihantar ke makmal untuk dianalisa bertujuan menentukan kriteria dari segi fizik-kimia dan biologi. Indeks Kualiti Air (IKA) digunakan untuk mengukur tahap pencemaran dan kesesuaian jenis guna air seperti yang digariskan di dalam Standard Kualiti Air Negara merupakan standard ambien untuk melindungi kepelbagaian biologi akuatik sebagai penanda aras untuk penetapan jenis guna air bagi sungai tertentu.