Koleksi Gambar / Mesyuarat
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT EIA TECHNICAL REVIEW COMITTEE (EIATRC) BAGI LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAGI PROJEK PEMBANGUNAN BERCAMPUR DI BIDOR PERAK.
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS PERAK
- Lokasi
- IPOH
Penerangan
21 Januari 2026,Ipoh – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat EIA Technical Review Committee ( EIATRC) bagi satu cadangan projek yang hendak dilaksanakan oleh penggerak projek.
Mesyuarat ini merupakan satu medium untuk mendapatkan ulasan agensi teknikal berdasarkan bidang kepakaran masing-masing terhadap laporan EIA yang dinilai oleh Jabatan ini. Kajian Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) hendaklah dilaksanakan bagi memenuhi Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi setiap orang yang berhasrat untuk melaksanakan sebarang aktiviti yang ditetapkan sepertimana di dalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling ( Aktiviti Yang Ditetapkan) ( Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling)2015.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh KPPK En. Muhammad Rizal bin Ramli dan mesyuarat ini merupakan platform membincangkan isu-isu terhadap laporan EIA yang dinilai dan membuat keputusan lanjut bagi penilaian laporan tersebut supaya kajian yang dilaksanakan adalah mencukupi dan relevan dengan aktiviti yang akan dilaksanakan.
#NRES
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_januari2026
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari