PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI JOHOR BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN KULAI

JAS JOHOR 22/01/2026 6 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI JOHOR BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN KULAI
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
KULAI

Penerangan

20 JANUARI 2026, KULAI, JOHOR - Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat), JAS Negeri Johor telah menyertai Ops Bersepadu diketuai Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) di tiga (3) premis yang berasaskan batching plant dan kilang kitar semula di Kawasan Perindustrian Seelong bersama Ahli Majlis MPKu, Dato Sri Abu Bakar. Tindakan arahan lapangan bagi kesalahan telah diberikan kepada premis dan agensi berkaitan juga telah mengambil tindakan ke atas aduan yang diterima. Premis kitar semula diingatkan untuk tidak menerima sebarang buangan terjadual. Ops Bersepadu ini juga disertai Jabatan-Jabatan dibawah MPKu dan Pejabat Tanah Daerah Kulai.