PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN TERHADAP PREMIS YANG MENYEBABKAN ADUAN PELEPASAN HABUK DARI PROSES FIBER TANDAN KOSONG KELAPA SAWIT

JAS PERAK 23/01/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN TERHADAP PREMIS YANG MENYEBABKAN ADUAN PELEPASAN HABUK DARI PROSES FIBER TANDAN KOSONG KELAPA SAWIT
Tahun
2026
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
TELUK INTAN

Penerangan

21 Januari 2026, Teluk Intan - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak Cawangan Teluk Intan telah menjalankan siasatan terhadap aduan awam mengenai aduan habuk dari premis yang memproses bahan mentah iaitu fiber tandan kosong kelapa sawit untuk menghasilkan pelet sebagai bahanapi. Hasil pemeriksaan mendapati penghasilan habuk adalah berpunca dari peralatan memproses fiber tandan kosong kelapa sawit untuk menghasilkan pelet yang dijalankan di premis tersebut. Selain itu, sistem kawalan pencemaran yang dipasang tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dan gagal berfungsi sehingga menyebabkan pelepasan habuk ketara ke persekitaran. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1) (a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2024 telah dijalankan dan arahan dikeluarkan kepada premis untuk mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2024 dan Peraturan-peraturan di bawahnya pada setiap masa. Orang awam boleh menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar ke talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal https://eaduan@doe.gov.my