Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Penguatkuasaan · Program Pengawasan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN TERHADAP PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS LABUAN
- Lokasi
- WP LABUAN
Penerangan
PENGUATKUASAAN TERHADAP PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA
22 Januari 2026 – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas sebuah projek yang tertakluk kepada kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) di Wilayah Persekutuan Labuan.
Pemeriksaan yang dijalankan memberi tumpuan kepada tahap pematuhan terhadap syarat-syarat kelulusan EIA serta peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974. Hasil pemeriksaan di lapangan mendapati wujud ketidakpatuhan yang telah dikenal pasti dan direkodkan melalui pengeluaran Field Citation (FC). Sehubungan itu, Notis Arahan turut dikeluarkan bagi tindakan lanjut.
JASWPL mengingatkan semua pemaju projek yang tertakluk kepada kelulusan EIA supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya syarat-syarat kelulusan EIA serta peruntukan AKAS, 1974.
Sebarang aduan berkaitan isu pencemaran alam sekitar boleh disalurkan melalui:
?? Talian bebas tol: 1-800-88-2727
?? Emel: aduan_k@doe.gov.my
?? Portal aduan: https://eaduan.doe.gov.my
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_Januari_2026