PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Penguatkuasaan · Program Pengawasan

PENGUATKUASAAN TERHADAP PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA

JAS WP LABUAN 29/01/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN TERHADAP PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA
Tahun
2026
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

PENGUATKUASAAN TERHADAP PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA 21 Januari 2026 – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas sebuah projek yang tertakluk kepada kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) di Wilayah Persekutuan Labuan. Pemeriksaan yang dijalankan menumpukan kepada tahap pematuhan terhadap syarat-syarat kelulusan EIA serta peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974. Hasil pemeriksaan di tapak mendapati terdapat ketidakpatuhan yang telah dikenal pasti dan direkodkan melalui pengeluaran Field Citation (FC). Selain itu, Notis Arahan turut dikeluarkan bagi tindakan selanjutnya. JASWPL mengingatkan semua pemaju projek yang tertakluk kepada kelulusan EIA agar sentiasa mematuhi sepenuhnya syarat-syarat kelulusan EIA serta peruntukan AKAS, 1974. Sebarang aduan berkaitan isu pencemaran alam sekitar boleh disalurkan melalui: ?? Talian bebas tol: 1-800-88-2727 ?? Emel: aduan_k@doe.gov.my ?? Portal aduan: https://eaduan.doe.gov.my #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Januari_2026