Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK EIA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS MELAKA
- Lokasi
- MELAKA
Penerangan
26 Januari 2026, Jasin, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan lawatan ke projek naik taraf fasiliti pengolahan buangan terjadual di Mukim Jasin, Daerah Jasin, Melaka. Tujuan lawatan tapak tersebut dijalankan adalah untuk melihat status semasa keadaan tapak projek serta persekitarannya melibatkan kawasan kajian (zone of study) dan kawasan yang terkesan (zone of impact). bagi membantu penilaian dibuat sewajarnya terhadap laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) yang telah dikemukakan kepada JAS Melaka sebelum ianya dibentangkan dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA (EIATRC) pada 28 Januari 2026.
Lawatan tapak tersebut telah dihadiri bersama-sama pegawai dari JAS Negeri Melaka, wakil Badan Kawal Selia Melaka, wakil Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), wakil Penggerak Projek (Sinaran Megamas Recycle Sdn Bhd) dan Jururunding EIA (Asian Environmental Solutions Sdn Bhd).
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka