Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- CERAMAH KESEDARAN TREND DADAH SEMASA DAN PENDEKATAN MENGENAINYA OLEH AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK)
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS SELANGOR
- Lokasi
- SHAH ALAM
Penerangan
26 Januari 2026, Shah Alam – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan ceramah kesedaran awam dan anti dadah bertajuk Trend Dadah Semasa dan Pendekatan Mengenainya yang disampaikan oleh En. Ahmad Faizal Bin Awang, Pegawai Pencegahan dan Kesedaran Awam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor.
Sesi ceramah turut diisi dengan sesi soal jawab dan ujian saringan air kencing kepada pegawai-pegawai di JAS Negeri Selangor. Seramai 69 orang pegawai JAS Negeri Selangor telah menjalani ujian saringan air kencing dan keputusan saringan menunjukkan bahawa semua pegawai tersebut adalah bebas daripada najis dadah.
JAS Negeri Selangor memandang serius isu penyalahgunaan dadah dan menyokong usaha AADK dalam membanteras budaya penagihan dadah di Negeri Selangor. Hentikan salah guna dadah! Dadah memudaratkan kesihatan dan sayangilah masa depan kita.