Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAPORAN AWAL SIASATAN KES ALIRAN AIR BERBUIH MEMASUKI SUNGAI SEMENYIH DI KAMPUNG TANJUNG AMAN, SEMENYIH
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS SELANGOR
- Lokasi
- SEMENYIH
Penerangan
SEMENYIH - Pemeriksaan telah dijalankan di Lembangan Langat (Sungai Semenyih) pada 16 Januari 2026 (Jumaat) dari jam 3.30 petang hingga 8.00 malam berikutan aduan pencemaran buih yang diterima oleh JAS Selangor Cawangan Kajang pada jam 11.30 pagi melalui emel Jabatan, ADUN Semenyih dan Facebook, melibatkan alur air yang dilaporkan berbuih dan memasuki Sungai Semenyih berhampiran Kampung Tanjung Alam. JAS Selangor Caw. Kajang telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan dan hasil pemerhatian mendapati tiada sebarang sisa pembuangan haram ditemui di kawasan tersebut, keadaan air sungai didapati keruh namun tiada buih dikesan, dan ujian analisa kualiti air telah dijalankan menggunakan instrumen YSI bagi tujuan pengawasan.