PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN PEMAKLUMAN PEMERIKSAAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA TANAH GAMBUT & HOTSPOT SELANGOR

JAS SELANGOR 28/01/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN PEMAKLUMAN PEMERIKSAAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA TANAH GAMBUT & HOTSPOT SELANGOR
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SABAK BERNAM

Penerangan

SABAK BERNAM - Siasatan telah dijalankan oleh JAS Sabak Bernam pada 20 Januari 2026 susulan laporan pembakaran terbuka yang diterima daripada Pegawai Bomba Sungai Besar pada jam 9.06 pagi serta laporan hotspot melalui emel pada jam 11.20 pagi, melibatkan lokasi PT Parit 5 1/2, Sungai Besar dan kawasan hotspot Panchang Bedena. Hasil semakan mendapati kawasan terlibat merupakan tanah gambut di tanah kosong terbiar yang tidak dimajukan dan lokasi hotspot berada berhampiran tapak siasatan. Pemeriksaan di lapangan menemukan kesan kebakaran tanah gambut yang masih berasap dengan anggaran keluasan kira-kira 3 ekar, dan pihak bomba memaklumkan kebakaran telah berlaku selama tiga hari serta tindakan pemadaman telah dijalankan dengan kerjasama pihak penghulu menggunakan jentera excavator bagi mengepam air ke kawasan terjejas. Maklumat daripada tok sidang kampung mendapati pemilik tanah tidak dapat dikenal pasti kerana kerap bertukar milik, justeru hotspot disyaki berpunca daripada kebakaran tanah gambut tersebut, dan tindakan yang disyorkan adalah pemantauan berterusan serta carian rasmi pemilik tanah untuk tindakan lanjut.