PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA UiTM DAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN

JAS NEGERI SEMBILAN 29/01/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA UiTM DAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
Tahun
2026

Penerangan

09 Januari 2026, Seremban - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah menerima kunjungan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Seremban. Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan cadangan untuk menjalinkan usahasama Memorandum Persefahaman (MOU) antara pihak UiTM bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan. Dalam sesi pertemuan ini, antara perkara yang dibincangkan adalah penganjuran program-program yang boleh memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak terutamanya dari segi aspek kepentingan alam sekitar yang lebih berkualtiti. Pelbagai cadangan aktviti dan usahasama yang dibincangkan agar ia dapat dilaksanakan pada masa hadapan dalam membangunkan kelestarian alam yang lebih jitu. Ini juga agar segala kerjasama yang telah terjalin dapat berterusan dan dapat memberi manfaat yang berguna khasnya buat pelajar pelajar dalam jurusan Pengajian Alam Sekitar.