Koleksi Gambar / Aktiviti · Mesyuarat
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN (JASNS) BIL. 1/2026
- Tahun
- 2026
Penerangan
Seremban, 16 Januari 2026 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JAS Negeri Sembilan.
Perhimpunan dimulakan dengan sesi pemeriksaan perbarisan yang melibatkan pemeriksaan kehadiran serta kekemasan pakaian pegawai dan kakitangan, diikuti dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, lagu Alam Gemilang, lagu Perkhidmatan Awam, serta lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Abdul Aziz bin Parmin selaku Pengarah JASNS. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan komitmen dan integriti warga kerja dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab bagi memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sentiasa berada pada tahap terbaik.