Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E WASTE) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025 DENGAN KERJASAMA MAJLIS DAERAH TAMPIN
- Tahun
- 2026
Penerangan
21 Januari 2026, Tampin - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) dengan kerjasama Majlis Daerah Tampin telah menganjurkan program Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik (e-waste) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 yang bertempat di Dewan Bandaran Tampin, Negeri Sembilan.
Program bermula pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari telah mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat setempat khususnya penduduk di kawasan sekitar Gemas.
JAS Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berbentuk kesedaran alam sekitar dan menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjalankan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.