Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Mesyuarat
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT PENYELARASAN UBAHSUAI RUANG PEJABAT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN (JASNS) FASA 2 BERSAMA PASUKAN PROJEK JKR.
- Tahun
- 2026
Penerangan
22 Januari 2026, Seremban - Satu mesyuarat penyelarasan ubahsuai ruang pejabat telah dipengerusikan oleh Encik Azilan Bin Mohd Ali daripada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR), Malaysia.
Mesyuarat ini membincangkan secara terperinci berkaitan kos dan skop kerja utama bagi projek mengubahsuai bangunan Pejabat JASNS bagi fasa dua di bangunan Yayasan Negeri Sembilan. Koordinasi ini melibatkan wakil-wakil daripada JKR Negeri Sembilan, Arkitek JKR Negeri Sembilan, JKR Daerah Seremban, JKR Elektrik Negeri Sembilan dan JKR Mekanikal Negeri Sembilan.
Tuan Abdul Aziz Bin Parmin selaku Pengarah JASNS turut menerajui jawatankuasa perpindahan bagi fasa pembinaan aras bawah di bangunan tersebut.
Pengerusi memaklumkan bahawa projek ini dapat diserahkan kepada JASNS mengikut tarikh seperti yang telah dirancang. Semoga kerjsama ini dapat mengeratkan lagi kerjasama kedua-dua agensi dalam pelaksanaan projek ini.