PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

LAWATAN TAPAK KERJA-KERJA SALVAGE JETI RUNTUH MILIK PETRON MALAYSIA REFINING, PORT DICKSON

JAS NEGERI SEMBILAN 29/01/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK KERJA-KERJA SALVAGE JETI RUNTUH MILIK PETRON MALAYSIA REFINING, PORT DICKSON
Tahun
2026

Penerangan

23 Januari 2026, Port Dickson – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah mengadakan satu lawatan tapak bagi meninjau pelaksanaan kerja-kerja salvage jeti runtuh milik Petron Malaysia Refining di Port Dickson. Lawatan ini melibatkan pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) dan telah diketuai oleh Tuan Pengarah JASNS, Tuan Abdul Aziz bin Parmin, bersama wakil daripada pihak Petron Malaysia Refining. Lawatan ini bertujuan untuk memastikan kerja-kerja salvage dilaksanakan secara teratur dan selamat serta mematuhi keperluan perundangan dan kawalan alam sekitar yang ditetapkan. Pemantauan secara berterusan oleh JASNS adalah penting bagi mengelakkan sebarang risiko pencemaran alam sekitar serta memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara sepanjang pelaksanaan kerja-kerja tersebut.