Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN ASAP KENDERAAN DIESEL JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN (JASNS) DENGAN KERJASAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (UNIT TRAFIK) IPD NILAI, NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2026
Penerangan
24 Januari 2026, Nilai – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) dengan kerjasama Polis Trafik IPD Nilai telah menjalankan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Asap Kenderaan Diesel pada 23 Januari 2026 di Susur Keluar Plaza Tol Nilai.
Seramai 10 pegawai JASNS dan 5 anggota Polis Trafik terlibat. Sebanyak 40 kenderaan diesel diperiksa, dengan 10 kenderaan diuji pelepasan asap. Satu (1) kenderaan didapati gagal mematuhi Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Sehubungan itu, satu kompaun dan notis arahan di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan dan kenderaan diarahkan menjalani ujian semula di PUSPAKOM.