PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAWATAN TAPAK KE TAPAK PELUPUSAN SANITARI DI LAHAT

JAS PERAK 29/01/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK KE TAPAK PELUPUSAN SANITARI DI LAHAT
Tahun
2026
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
LAHAT

Penerangan

28 Januari 2026,Ipoh – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah meyertai lawatan tapak ke tapak pelupusan sampah sanitari di Lahat, Ipoh. Tapak pelupusan sampah ini adalah di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Putrajaya, perunding alam sekitar, wakil kontraktor yang menjalankan operasi pengurusan sampah di tapak pelupusan tersebut serta wakil dari Majlis Bandaraya Ipoh. Tujuan lawatan dilaksanakan adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar tapak pembuangan sampah dan kemudahan-kemudahan sedia ada termasuk sistem rawatan larut resap dan cadangan kawasan yang akan diperluaskan bagi pengurusan sampah domestik sekitar daerah Kinta khususnya. Penggerak projek iaitu kontraktor telah mengemukakan laporan kajian EIA kepada Ibu Pejabat melalui perunding berdaftar bagi cadangan pembesaran kawasan yang dicadangkan dan lain-lain kemudahan lain yang dicadangkan akan dibina seperti Material Recovery Facility, Anaerobik Digester Plant dan lain-lain bagi memastikan tapak pelupusan ini akan beroperasi sejajar dengan matlamat pembangunan mapan ( SDG ) berkaitan pengurangan gas rumah hijau dan perubahan iklim. #NRES #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_januari2026 #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari