PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Pengurusan JAS

PENYAMPAIAN WATIKAH PEWAKILAN KUASA JAS SEMPENA MAJLIS AMANAT YANG BERHORMAT MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM 15 JANUARI 2026

JAS HQ - BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK 30/01/2026 6 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENYAMPAIAN WATIKAH PEWAKILAN KUASA JAS SEMPENA MAJLIS AMANAT YANG BERHORMAT MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM 15 JANUARI 2026
Tahun
2026
Organisasi
KEMENTERIAN SUMBER ASLI
Lokasi
CYBERJAYA

Penerangan

Hari ini, sempena Majlis Amanat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup telah menyempurnakan penyampaian Watikah Pewakilan Kuasa kepada Jabatan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Perbadanan, dengan diiringi oleh Dato’ Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menggubal dan mewartakan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Pewakilan Kuasa kepada Jabatan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Perbadanan) yang menggabungkan enam (6) perintah sedia ada di bawah satu perintah tunggal. Perintah ini telah diwartakan pada 7 Julai 2025 dan mula berkuat kuasa pada 8 Julai 2025, melibatkan jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta perbadanan yang dinyatakan di dalam perintah tersebut. Melalui perintah ini, Ketua Pengarah Alam Sekitar mewakilkan sebahagian kuasa kepada agensi berkaitan di bawah Seksyen 49 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) bagi memperkukuh penguatkuasaan dan menangani isu alam sekitar secara lebih berkesan dan bersepadu.