Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BUNYI BISING BERSAMA DENGAN JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK KUALA LUMPUR (JSPT KL) DI JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS WPKL
- Lokasi
- JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR
Penerangan
23 JANUARI 2026, JUMAAT – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan Operasi Bunyi Bising (Patuh Undang-undang Jalan Raya) bersama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Operasi ini melibatkan seramai lapan belas (18) orang pegawai penguatkuasa yang terdiri daripada lapan (8) orang anggota JAS WPKL dan sepuluh (10) orang anggota trafik. Operasi penguatkuasaan yang dijalankan memberi fokus kepada pelepasan bunyi daripada kenderaan bermotor, khususnya melibatkan kenderaan enjin petrol.
Melalui operasi ini, JAS WPKL telah menjalankan sebanyak tiga puluh lima (35) ujian visual dan lapan (8) ujian bunyi bising kenderaan. JAS WPKL telah mengeluarkan lima (5) Notis Arahan Seksyen 48A dan lima (5) kompaun sepanjang operasi dijalankan.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartangggungjawabbersama
#opsgerakkebangsaan