PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Pengawasan

PENGAWASAN AIR SUNGAI STESEN SUNGAI TOBA, KUALA LUMPUR

JAS WP KUALA LUMPUR 31/01/2026 4 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGAWASAN AIR SUNGAI STESEN SUNGAI TOBA, KUALA LUMPUR
Tahun
2026
Organisasi
JAS WPKL
Lokasi
Sungai Toba, Kuala Lumpur

Penerangan

13 JANUARI 2026, SELASA - Unit Pengawasan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan persampelan air sungai dalam lembangan Sungai Toba bagi pemantauan extreme value di bawah program Pengawasan Kualiti Air Sungai Manual. Persampelan in-situ dijalankan menggunakan peralatan YSI pro dss multiparameter sonde. Persampelan ini bertujuan untuk mengukur tahap pencemaran dan kesesuaian jenis guna air seperti yang digariskan di dalam Standard Kualiti Air Negara merupakan standard ambien untuk melindungi kepelbagaian biologi akuatik sebagai penanda aras untuk penetapan jenis guna air bagi sungai tertentu. Tiga (3) botol sample air telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #jaswpkualalumpur