Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN PEMANTAUAN PENGARAH JAS KEDAH KE TAPAK PELUPUSAN SAMPAH PADANG CINA DAN TAPAK PELUPUSAN HARAM KAMPUNG BESAH, MUKIM TAWAR YANG TERLIBAT DENGAN INSIDEN KEBAKARAN
- Tahun
- 2026
- Lokasi
- KULIM
Penerangan
Puan Sharifah Zakiah bin Sahab, Pengarah JAS Kedah menjalankan lawatan pemantauan ke atas kedua- dua tapak pelupusan sampah ini susulan insiden kebakaran yang berlaku sejak beberapa hari lepas yang turut melawat kawasan pemasangan alat pengukuran gas oleh JAS Kedah di sekolah berhampiran.
Selain pemantauan dron, JAS Kedah juga menjalankan pengukuran gas untuk mengenalpasti sekiranya wujud kehadiran gas yang mungkin mendatangkan bahaya kepada penduduk sekitar.
JAS Kedah akan meneruskan siasatan di bawah Seksyen 29A (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sekiranya sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas suatu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada denda maksimum.
Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan premis mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh dilakukan melalui panggilan telefon di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau emailkan ke aduan_k@doe.gov.my atau layari portal aduan https://eaduan@doe.gov.my