Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SIASATAN ADUAN PENCEMARAN AIR HITAM DI MACHAP
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS JOHOR
- Lokasi
- MACHAP, JOHOR
Penerangan
29 JANUARI 2026, MACHAP – Susulan aduan awam, pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kluang telah menjalankan siasatan ke atas sebuah premis yang menyebabkan efluen perindustrian mencemarkan alur air.
Premis didapati gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikenakan bagi menghentikan aktiviti yang menyebabkan pencemaran. Premis diarahkan mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan segera terhadap sistem pengolahan efluen perindustrian tersebut.