PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN SYARAT EIA PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN

JAS JOHOR 04/02/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN SYARAT EIA PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
Iskandar Puteri, Johor

Penerangan

28 Januari 2026, Iskandar Puteri, Johor - Unit Penguatkuasaan EIA, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) telah menjalankan lawatan penguatkuasaan ke atas projek yang mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada JASNJ. Projek tersebut tertakluk di bawah Aktiviti 16, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu pembangunan perumahan kerajaan dan orang awam. Hasil pemeriksaan mendapati penggerak projek baru selesai melakukan ‘site clearing’, penggerak projek juga sedang membina dan melengkapkan semua komponen Best Management Practices (BMPs) di tapak projek antaranya kolam kelodakan, parit-parit tanah, pemasangan ‘silt fence’, pemasangan ‘hoarding’ dan ‘washing bay’. Penggerak projek adalah dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi syarat-syarat kelulusan laporan EIA dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sepanjang masa. Sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya. Kehadiran penguat kuasa Jabatan ini di lapangan menunjukkan komitmen yang tinggi bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara seiring dengan pembangunan negara yang lestari.