PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PENCEMARAN HABUK DARIPADA KILANG PERABOT

JAS JOHOR 04/02/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PENCEMARAN HABUK DARIPADA KILANG PERABOT
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
BATU PAHAT, JOHOR

Penerangan

31 Januari 2026, Batu Pahat – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Batu Pahat telah menjalankan siasatan susulan aduan awam berkaitan pencemaran habuk yang dipercayai berpunca daripada aktiviti operasi sebuah kilang perabot kayu. Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan telah gagal mengawal pelepasan habuk yang terhasil daripada proses pemotongan kayu sehingga menyebabkan pencemaran dan meyebabkan kacau ganggu terhadap penduduk sekitar. Sehubungan itu, tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dikenakan ke atas premis tersebut. Premis turut diarahkan untuk melaksanakan langkah-langkah kawalan dan pembetulan dengan serta-merta bagi menghentikan serta membasmi pencemaran yang berlaku. Tindakan penguatkuasaan diambil selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).