PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS PEMBUATAN BERASASKAN KERTAS KITAR SEMULA

JAS JOHOR 04/02/2026 6 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN PREMIS PEMBUATAN BERASASKAN KERTAS KITAR SEMULA
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
Gelang Patah, Johor

Penerangan

31 Januari 2026, Gelang Patah, Johor : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terus memperkasakan pemantauan bagi memastikan kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara. Hasil rondaan yang dijalankan telah mengesan sebuah premis pembuatan berasaskan kertas kitar semula yang melakukan pelepasan air berwarna hitam terus ke dalam longkang awam. Bertindak di atas kesalahan tersebut, Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dijalankan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menghentikan pencemaran serta-merta. Semua premis diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan yang mencemarkan alam sekitar.