PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat ยท Program Penguatkuasaan

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA (EIATRC) BAGI PROJEK MENAIK TARAF PREMIS KEMUDAHAN PENGOLAHAN BUANGAN TERJADUAL DI MELAKA

JAS MELAKA 04/02/2026 7 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA (EIATRC) BAGI PROJEK MENAIK TARAF PREMIS KEMUDAHAN PENGOLAHAN BUANGAN TERJADUAL DI MELAKA
Tahun
2026
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA

Penerangan

28 Januari 2026, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA (EIATRC) bagi membincangkan hasil dapatan kajian bagi projek menaik taraf kemudahan pengolahan buangan terjadual di Mukim Jasin, Daerah Jasin, Melaka oleh salah satu Premis Yang Ditetapkan yang dilesenkan oleh JAS Melaka. Ahli mesyuarat meliputi Penggerak Projek, Perunding serta Jabatan dan Agensi teknikal berkepentingan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Rosli bin Mustafa, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka Aktiviti yang dicadangkan tersebut adalah tertakluk di bawah Jadual Pertama Perintah Kualiti alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu: Aktiviti 14. Pengolahan dan Pelupusan Buangan (a)(i) Buangan terjadual; Pembinaan loji pulih guna (luar tapak) Diharapkan segala isu-isu berbangkit dan kesan akibat daripada cadangan projek serta langkah-langkah mitigasi yang dicadangkan bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dibentangkan dan dibincangkan dengan teliti di dalam mesyuarat EIATRC ini sebelum sebarang ketetapan dibuat mengenainya. #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka