Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI AMBANG TAHUN BARU 2026 BERSAMA PELBAGAI AGENSI
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS PAHANG
- Lokasi
- KUANTAN
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menyertai Operasi Ambang Tahun Baru 2026 anjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang dilaksanakan di kawasan berhampiran SJR Batu 3, Jalan Kuantan–Gambang.
Operasi ini melibatkan seramai 8 orang pegawai dan 26 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang.
Sepanjang operasi dijalankan, JAS Negeri Pahang telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan pencemaran asap hitam daripada kenderaan diesel serta kesalahan bunyi bising motosikal. Setiap kesalahan yang dikesan telah diambil tindakan mengikut peruntukan perundangan agensi masing-masing.
Kerjasama bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan agensi penguatkuasaan dalam memastikan kesejahteraan alam sekitar, keselamatan serta keselesaan orang awam khususnya menjelang sambutan Tahun Baharu.