Koleksi Gambar / Pengurusan JAS
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 1/2026 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS PAHANG
- Lokasi
- KUANTAN
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2026 bagi bulan Januari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik. Majlis ini telah dihadiri oleh seluruh warga kerja JAS Negeri Pahang.
Majlis dimulakan dengan amanat oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah JAS Negeri Pahang, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, yang menekankan kepentingan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah, integriti serta komitmen tinggi dalam perkhidmatan.
Dalam ucapannya, Tuan Pengarah turut merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian cemerlang JAS Pahang yang sepanjang tahun 2025, serta menzahirkan harapan agar semua pegawai dan kakitangan terus mengekalkan prestasi cemerlang dan memberikan komitmen terbaik dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan bagi menghadapi cabaran tahun 2026.
Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan dan menegaskan pematuhan terhadap pemakaian baju uniform dan baju operasi seperti yang telah ditetapkan, selaras dengan usaha memupuk disiplin, keseragaman serta imej profesional dalam kalangan warga JAS.
Selain itu, majlis turut diserikan dengan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Industri kepada enam (6) orang pelajar sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sumbangan mereka sepanjang menjalani latihan industri bersama JAS Negeri Pahang.
Diharapkan majlis perhimpunan ini dapat terus menyemarakkan semangat kerja berpasukan, memperkukuh budaya kerja cemerlang serta meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang.