PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

JEMPUTAN PENYERTAAN JAS PAHANG DALAM PROGRAM HSE DAY FLEXSYS MALAYSIA SDN. BHD.

JAS PAHANG 09/02/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JEMPUTAN PENYERTAAN JAS PAHANG DALAM PROGRAM HSE DAY FLEXSYS MALAYSIA SDN. BHD.
Tahun
2026
Organisasi
FLEXSYS MALAYSIA SDN. BHD
Lokasi
GEBENG

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menerima jemputan daripada Flexsys Malaysia Sdn. Bhd. untuk menyertai Program HSE Day yang telah berlangsung pada 3 dan 4 Februari 2026 bertempat di Flexsys Malaysia Sdn.Bhd. Gebeng, Kuantan. Program ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan pihak syarikat dalam memperkukuh budaya Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (HSE) di tempat kerja, dengan penglibatan lebih 60 orang pekerja. Sehubungan itu, JAS Negeri Pahang telah dijemput untuk mengadakan pameran kesedaran berkaitan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 serta usaha pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar. Pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) turut dilaksanakan sepanjang program ini. Pelaksanaan program ini telah diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat antaranya taklimat keselamatan tempat kerja, kesihatan pekerjaan, keselamatan kebakaran, demonstrasi pemadaman api, serta aktiviti interaktif hasil kerjasama pelbagai agensi berkaitan. Penyertaan JAS Negeri Pahang amat signifikan dalam menyokong usaha meningkatkan tahap kesedaran, pematuhan perundangan serta pengamalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkesan demi kesejahteraan alam sekitar dan komuniti setempat.