PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Penguatkuasaan

OPERASI PEMERIKSAAN ASAP HITAM KENDERAAN DIESEL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN

JAS WP LABUAN 11/02/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI PEMERIKSAAN ASAP HITAM KENDERAAN DIESEL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN
Tahun
2026
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
LABUAN

Penerangan

OPERASI PEMERIKSAAN ASAP HITAM KENDERAAN DIESEL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN 6 Februari 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) WP Labuan telah menjalankan Operasi hari ketiga bagi Pemeriksaan Asap Hitam di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk kenderaan diesel di sekitar WP Labuan. Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan pemilik dan pemandu kenderaan sentiasa mengawal kualiti pelepasan asap kenderaan supaya tidak mencemarkan alam sekitar, di samping mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan. Dalam operasi ini, sebanyak 5 buah kenderaan diesel telah diperiksa dan diuji menggunakan alat pengukur asap (smoke meter). Peringatan:?JAS WP Labuan ingin mengingatkan semua pemilik dan pemandu kenderaan diesel bahawa pelepasan asap hitam adalah dilarang di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan diambil termasuk kompaun atau pendakwaan. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_februari_2026