Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMERIKSAAN KENDERAAN PENGANGKUT BUANGAN TERJADUAL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS WP LABUAN
- Lokasi
- LABUAN
Penerangan
PEMERIKSAAN KENDERAAN PENGANGKUT BUANGAN TERJADUAL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (JASWPL)
6 Februari 2026 – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah melaksanakan pemeriksaan pada hari ketiga ke atas kenderaan pengangkut buangan terjadual di sekitar WP Labuan.
Lebih 5 buah lori telah diperiksa dengan penglibatan tiga (3) orang pegawai penguat kuasa JASWPL. Pemeriksaan turut meliputi keadaan peralatan serta papan kenyataan kecemasan yang terdapat pada kenderaan pengangkut, dan didapati mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi pengangkutan buangan terjadual.
Pemeriksaan kenderaan ini merupakan salah satu syarat wajib yang perlu dipatuhi oleh kontraktor pengangkut buangan terjadual setiap tahun sebelum kelulusan pembaharuan lesen dipertimbangkan.
Sehubungan itu, pihak pengeluar buangan diingatkan agar memastikan hanya pembawa buangan yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar dibenarkan untuk mengangkut buangan terjadual ke premis yang telah ditetapkan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_februari_2026