PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PENCEMARAN HABUK

JAS JOHOR 11/02/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PENCEMARAN HABUK
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
BATU PAHAT

Penerangan

7 Februari 2026, Batu Pahat – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Batu Pahat telah menjalankan siasatan terhadap beberapa siri aduan awam sekitar Daerah Batu Pahat. Rentetan tersebut, satu premis menjalankan aktiviti membuat perabot telah di kenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) kerana gagal mengawal pelepasan habuk hingga menyebabkan kacauganggu awam. Premis juga gagal menguruskan buangan terjadual mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Premis turut diarahkan untuk melaksanakan langkah-langkah kawalan dan pembetulan dengan serta-merta bagi menghentikan serta membasmi pencemaran yang berlaku. Tindakan penguatkuasaan diambil selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).