Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMERIKSAAN KENDERAAN PENGANGKUT PYDT (BUANGAN TERJADUAL) SESI 2026/2027
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS PAHANG
- Lokasi
- KUANTAN
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah melaksanakan pemeriksaan kenderaan pengangkut PYDT (Buangan Terjadual) bagi tujuan pembaharuan lesen PYDT (BT) sesi 2026/2027 yang berlangsung selama enam (6) hari melibatkan premis dari daerah Kuantan, Temerloh dan Bentong.
Pemeriksaan ini telah dijalankan di Kuantan (26-29 Januari 2026), Temerloh dan Bentong (3-4 Februari 2026) yang melibatkan sebanyak 79 buah kenderaan pengangkut berlesen. Skop pemeriksaan merangkumi semakan kelengkapan keselamatan kenderaan bagi tujuan kawalan tumpahan, kemalangan dan kebakaran, di samping pemantauan pelepasan asap bagi memastikan pematuhan terhadap perundangan alam sekitar yang berkuat kuasa.
Pelaksanaan pemeriksaan ini merupakan salah satu langkah penguatkuasaan dan pemantauan berterusan JAS Negeri Pahang bagi memastikan pengurusan dan pengangkutan buangan terjadual dilaksanakan secara selamat, terkawal dan mematuhi piawaian alam sekitar, seterusnya mengurangkan risiko pencemaran serta ancaman terhadap keselamatan awam.