Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- JAS ROMPIN PERKUKUH PENGUATKUASAAN PEMATUHAN ALAM SEKITAR KILANG KELAPA SAWIT SEKITAR DAERAH ROMPIN
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS CAWANGAN ROMPIN
- Lokasi
- ROMPIN
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Rompin telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan secara berterusan ke atas kilang-kilang kelapa sawit yang beroperasi di sekitar Daerah Rompin.
Aktiviti penguatkuasaan ini dijalankan bertujuan untuk memastikan setiap premis industri mematuhi sepenuhnya peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta Peraturan-peraturan dibawahnya dan syarat lesen yang telah ditetapkan oleh Jabatan.
Sepanjang penguatkuasaan dilaksanakan, pemeriksaan tertumpu kepada aspek pengurusan Buangan Terjadual, Sistem Rawatan Effluen, pelepasan ke udara serta pematuhan terhadap syarat-syarat kawalan pencemaran yang ditetapkan.
JAS Cawangan Rompin akan terus komited dalam melaksanakan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan aktiviti perindustrian dijalankan secara lestari, seterusnya melindungi alam sekitar serta kesejahteraan masyarakat setempat