PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PENSAMPELAN MINYAK PETROL DAN DIESEL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KELANTAN

JAS Kelantan 19/02/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENSAMPELAN MINYAK PETROL DAN DIESEL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KELANTAN
Tahun
2026
Organisasi
JAS Kelantan
Lokasi
Kota Bharu

Penerangan

PENSAMPELAN MINYAK PETROL DAN DIESEL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KELANTAN 8 Februari 2026, Kota Bharu - Pasukan penguatkuasaan punca bergerak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah melaksanakan aktiviti pensampelan minyak petrol dan diesel di sebuah stesen minyak sebagai sebahagian daripada program pemantauan dan penguatkuasaan berterusan jabatan. Aktiviti ini dilaksanakan bagi memastikan kualiti bahan api yang dibekalkan kepada pengguna adalah mematuhi piawaian serta spesifikasi yang telah ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol dan Diesel) 2007 (Pindaan) 2021, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974), di samping mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan alam sekitar, keselamatan pengguna dan prestasi kenderaan. Pensampelan telah dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh jabatan. Sampel minyak petrol dan diesel yang diambil akan dihantar ke makmal bertauliah bagi tujuan analisis dan penilaian lanjut. Tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil sekiranya didapati berlaku ketidakpatuhan terhadap peruntukan undang-undang alam sekitar yang berkuat kuasa. Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan akan terus komited dalam melaksanakan aktiviti pemantauan secara berterusan bagi memastikan pematuhan industri serta memelihara kelestarian alam sekitar demi kepentingan bersama.