PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH BULAN FEBRUARI 2026

JAS PULAU PINANG 11/02/2026 7 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH BULAN FEBRUARI 2026
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar
Lokasi
Negeri Pulau Pinang

Penerangan

PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang melaksanakan Program Pengawasan Kualiti Air Tanah sebagai usaha berterusan untuk memantau, menilai dan melindungi sumber air bawah tanah daripada sebarang bentuk pencemaran. Program ini merupakan sebahagian daripada Program Pengawasan Kualiti Air Tanah Kebangsaan yang telah dilaksanakan oleh JAS sejak tahun 1997. Pengawasan dijalankan melalui telaga pemantauan yang mewakili pelbagai jenis guna tanah. Pensampelan air tanah dijalankan secara berkala dan dianalisis bagi pelbagai parameter. Data yang diperoleh digunakan untuk menilai status semasa kualiti air tanah, mengesan perubahan dari masa ke masa dan mengenal pasti sebarang potensi pencemaran pada peringkat awal. Pelaksanaan program ini penting sebagai sokongan kepada pengurusan alam sekitar yang mampan, perlindungan sumber air bawah tanah serta sebagai rujukan dalam perancangan dan penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. JAS Negeri Pulau Pinang terus komited dalam memastikan kelestarian sumber air tanah demi kesejahteraan alam sekitar dan generasi akan datang.