PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

ADUAN PENCEMARAN BAU, PREMIS MEMPROSES HASIL LAUT DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK)

JAS JOHOR 12/02/2026 4 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ADUAN PENCEMARAN BAU, PREMIS MEMPROSES HASIL LAUT DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK)
Tahun
2026
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
PONTIAN

Penerangan

11 FEBRUARI 2026, AYER BALOI, PONTIAN - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah menjalankan siasatan aduan berulang berkaitan bau dari premis berasaskan makanan. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dikenakan kepada 13 mesin pemprosesan dan penyediaan dimana alat kawalan pencemaran didapati tidak direka bentuk mengikut garis panduan. POK di bawah Seksyen 38a(1)(a) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diambil dan premis diarahkan untuk menyemak semula reka bentuk sistem alat kawalan pencemaran udara dan tambahan di semua proses pengeluaran. Jabatan juga telah menyalurkan maklumat kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk siasatan lanjut berkaitan reka bentuk bangunan dan jenis lesen beroperasi bagi kesesuaian lokasi premis tersebut. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.