Koleksi Gambar / Bengkel · Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI LIBAT URUS JAS KEDAH DALAM PROGRAM SEKOLAH LESTARI-ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) DI LANGKAWI
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
- Lokasi
- Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi
Penerangan
7 Februari 2026, Langkawi
Sesi Libat Urus Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) telah berjaya dilaksanakan pada 7 Februari 2026 bertempat di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi dengan penglibatan 43 buah sekolah. Turut hadir Encik Yusof bin Nayan dari Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi.
Sesi ini bertujuan memberi pendedahan, perkongsian maklumat serta penjelasan berkaitan pelaksanaan Program Sekolah Lestari sebagai platform memupuk budaya kelestarian, amalan hijau dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.
Program dimulakan dengan perkongsian ringkas oleh pegawai JAS Kedah seterusnya perbincangan bersama Pengarah JAS Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab merangkumi pengalaman, strategik pelaksanaan serta amalan terbaik dalam menguruskan sekolah lestari.
Penglibatan aktif pihak sekolah dan guru-guru membuktikan komitmen bersama dalam menyokong agenda kelestarian alam sekitar melalui pendidikan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan yang diberikan terutama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan semua Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Kedah.