PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU (OPS GERAK) JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SARAWAK (JAS SARAWAK), JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) DAN JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN SIBU

JAS SARAWAK 16/02/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU (OPS GERAK) JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SARAWAK (JAS SARAWAK), JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) DAN JABATAN ALAM SEKITAR CAWANGAN SIBU
Tahun
2026
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Sibu, Sarawak

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah menjalankan Operasi Gerak Bersepadu (Ops Gerak) bersama JPJ Cawangan Sarikei dan JAS Cawangan Sibu pada 28 Januari 2026. Operasi ini melibatkan seramai sembilan (9) pegawai dari JAS Sarawak dan JAS Cawangan Sibu, lima (5) anggota dari JPJ Daerah Sarikei yang tertumpu kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam dari kenderaan diesel di bawah Peraturan 11(1) PPKAS (Kawalan Pelepasan Dari Kenderaan Enjin Diesel) 1996. Dalam operasi ini, JAS Sarawak telah menjalankan pemeriksaan visual sebanyak 64 buah kenderaan berenjin diesel dari berbagai jenis. Dari jumlah tersebut sebanyak 10 buah kenderaan telah diuji dengan meter asap dan telah dikeluarkan notis di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 yang memerlukan kenderaan-kenderaan ini menjalani ujian semula di Kemudahan Yang Dilesenkan (KYDL) iaitu di kemudahan PUSPAKOM berdekatan sebelum kenderaan-kenderaan ini dibenarkan beroperasi sepenuhnya.