PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Program Kesedaran

PROGRAM RENTAS SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDG) BARIO 2026

JAS SARAWAK 16/02/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM RENTAS SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDG) BARIO 2026
Tahun
2026
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Bario, Sarawak

Penerangan

Program Rentas Sustainable Development Goals (SDG) Bario 2026 telah dilaksanakan pada 28 hingga 31 Januari 2026 bertempat di Daerah Kecil Bario anjuran Seksyen Pembangunan Lestari (SDG), Majlis Bandaraya Miri bersama rakan strategik. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar dan komuniti setempat terhadap kepentingan pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar Cawangan Miri turut serta menjayakan program ini sebagai penceramah, fasilitator serta pempamer dengan menyampaikan ceramah kesedaran alam sekitar dan mempamerkan maklumat berkaitan pengurusan serta pemeliharaan alam sekitar. Penglibatan ini telah memberi pendedahan dan impak positif kepada 490 orang peserta yang terdiri daripada kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah serta komuniti setempat. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta menyokong matlamat Sustainable Development Goals (SDG) dan Sarawak Post COVID-19 Develoment Strategy (PCDS) 2030.