Koleksi Gambar / Bengkel
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) KAJIAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN RANGKAIAN JALAN LUAR BANDAR (RNDP) SABAH 2035
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
- Lokasi
- Raia Hotel, Kota Kinabalu
Penerangan
JEMPUTAN MENGHADIRI SESI FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) KAJIAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN RANGKAIAN JALAN LUAR BANDAR (RNDP) SABAH 2035”
Tarikh: 11 - 13 Februari 2026
Masa: 08.00 am - 05.00 pm
Tempat: Raia Hotel, Kota Kinabalu
Anjuran : Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Kehadiran: Wakil Jabatan Persekutuan & Jabatan Negeri, JKR Sabah, GLC Sabah & PBT.
Kehadiran JAS Sabah: PP(K) ZFS, ppkt mp, PJ RLSK.
Ringkasan Mesyuarat:
1?? Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan dari juruperunding yang dilantik Perunding Atur Trafik Sdn Bhd.
2?? Objektif kajian adalah untuk merangka & menyediakan laporan Rural Road Network Master Plan, Sabah 2035 (RNDP) untuk diimplementasi. Kajian adalah cadangan pembinaan jalan luar bandar & kampung untuk kemudahan jaringan jalan raya dan menaiktaraf ekonomi penduduk kampung (sosio ekonomi).
3?? Projek kajian telah diberi tempoh jangkamasa 18 bulan bermula dari 26/9/2025 hingga 29/3/2027 & kajian melibatkan 39 daerah di Sabah termasuk daerah kecil. Sebanyak 5 FGD akan dibuat dan perbincangan ini adalah FGD 1.
4?? Kajian meliputi antaranya:
- traffic & transportation study
- land use study
- socio economic study
- environment impact screening (EIS)
- economic evaluation dll.
5?? Pengumpulan data telah dibuat melalui sesi soal jawab selepas pembentangan kerangka (framework) kajian.
6?? Peserta juga kemudian dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk perbincangan dan pengumpulan data.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
UNIT EIA & IP