PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Kesedaran

TAKLIMAT DAN PAMERAN KEMPEN PLASTIK SEKALI GUNA

JAS NEGERI SEMBILAN 19/02/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAKLIMAT DAN PAMERAN KEMPEN PLASTIK SEKALI GUNA
Tahun
2026

Penerangan

12 Februari 2026, Tampin – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah di jemput bagi mengadakan reruai dan penyampaian taklimat bagi Kempen Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna anjuran Majlis Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Kempen ini telah diadakan pada 12 Februari 2026, yang bertempat di Kompleks Arena Dataran Tampin. Tujuan kempen ini adalah sebagai inisiatif bersepadu dalam memperkukuh kesedaran awam terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta menyokong komitmen Kerajaan dalam menangani isu pencemaran sisa plastik secara mampan dan sistematik. Majlis perasmian penutup tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Veerapan a/l Superamaniam, Pengerusi Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan. Turut hadir ialah Tuan Abdul Aziz bin Parmin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, wakil-wakil agensi Kerajaan dan Swasta, Jawatankuasa Penduduk serta warga sekolah yang bersama-sama menjayakan agenda kelestarian ini. Sepanjang kempen berlangsung, pelbagai pengisian ilmiah dan aktiviti interaktif telah dianjurkan, antaranya ceramah bertajuk Kesedaran Alam Sekitar oleh En. Muhammad Mukmin bin Rusli dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan ceramah Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 5R oleh Pn. Areda binti Sidek dari SWCorp Negeri Sembilan.