PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PELEPASAN ASAP HITAM KILANG DI CHEMOR

JAS PERAK 20/02/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PELEPASAN ASAP HITAM KILANG DI CHEMOR
Tahun
2026
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
CHEMOR

Penerangan

20 Januari 2026, Ipoh - Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan aduan pelepasan asap hitam dari oarang awam di sekitar kawasan perindustarian Chemor. Pasuakan penguatkuasa telah mengenal pasti kilang yang diadu dan menjalankan pemeriksaan di bawah pematuhan AKAS 1974. Sepanjang pemeriksaan yang dijalankan, pegawai JAS telah menilai pematuhan kawalan pelepasan udara, penyelenggaraan sistem kawalan pencemaran udara serta pematuhan dokumentasi dan rekod yang diwajibkan di bawah peraturan yang tertakluk. Pemeriksaan ini bertujuan memastikan premis beroperasi selaras dengan undang-undang tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar dan kesejahteraan komuniti setempat. JAS Perak komited dalam menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan berkala agar pematuhan alam sekitar dalam tahap yang memuaskan selaras dengan usaha pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan. #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_februari2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari