Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU JAS SELANGOR BAGI PEMERIKSAAN KE ATAS KONTENA DI PELABUHAN KLANG, SELANGOR
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS SELANGOR
- Lokasi
- PELABUHAN KLANG, SELANGOR
Penerangan
11 Februari 2026, Klang - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) serta Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) telah menjalankan operasi bersepadu bagi pemeriksaan ke atas 14 buah kontena di Pelabuhan Klang.
Berdasarkan pemeriksaan, 11 daripada kontena tersebut didapati mengandungi sisa buangan elektronik (e-waste). Pasukan penguatkuasa JAS Negeri Selangor telah mengeluarkan satu (1) Field Citation di lapangan bagi arahan yang selanjutnya. Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dikeluarkan kepada pihak konsaini bagi mengarahkan pemulangan kontena yang mengandungi e-waste tersebut ke negara asal.
Orang ramai adalah diingatkan bahawa sebarang pengimportan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) (SW110) tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan apabila disabitkan kesalahan akan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun penjara dan denda tidak tidak kurang daripada RM 100,000.00 dan tidak melebihi RM 10 juta ringgit.