PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Pengawasan ยท Peralatan ICT/Teknikal

SIASATAN INDEKS BACAAN PENCEMARAN UDARA (IPU) TIDAK SIHAT DIREKODKAN DI STESEN PENGAWASAN KUALITI UDARA BERGERAK DI JOHAN SETIA, KLANG

JAS SELANGOR 25/02/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN INDEKS BACAAN PENCEMARAN UDARA (IPU) TIDAK SIHAT DIREKODKAN DI STESEN PENGAWASAN KUALITI UDARA BERGERAK DI JOHAN SETIA, KLANG
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
JOHAN SETIA, KLANG

Penerangan

4 Februari 2026, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah mendapat notifikasi amaran daripada Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) mengenai status indeks pencemaran udara tidak sihat (IPU: 118) pada kira-kira jam 8.00 pagi di Stesen Pengawasan Kualiti Udara Bergerak (Mobile), Johan Setia, Selangor. Tinjauan dan pemeriksaan telah dijalankan oleh Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor pada 4 Februari 2026 sekitar jam 10.00 pagi. Pemeriksaan mendapati bahawa terdapat aktiviti pembakaran kayu yang berlaku di Kampung Johan Setia kira-kira 300 meter daripada lokasi stesen bergerak tersebut. Tindakan pemadaman telah dilaksanakan dengan segera bagi menghentikan aktiviti pembakaran terbuka tersebut. Tiada individu dikenalpasti berada di lokasi semasa siasatan dijalankan. Tindakan pemasangan banner larangan pembakaran terbuka telah dilakukan sebagai amaran awal kepada penduduk setempat untuk menghentikan aktiviti pembakaran terbuka. Bacaan IPU telah kembali ke tahap sederhana pada 5 Februari 2026 jam 7.00 pagi. Tindakan pemantauan dan rondaan akan terus dijalankan oleh pihak JAS dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang aktiviti pencemaran udara di Negeri Selangor.