PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR BERSEPADU BIL 1/2026 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

JAS MELAKA 25/02/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR BERSEPADU BIL 1/2026 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2026
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA

Penerangan

4-5 Februari 2026, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 1/2026 ke atas premis-premis yang bukan ditetapkan (PYBDT) dan premis-premis yang ditetapkan (PYDT) bertarikh 4 hingga 5 Februari 2026. Operasi bersepadu ini dianggotai seramai 10 anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan sebanyak 6 premis telah diperiksa yang membawa kepada 6 Arahan di Lapangan, 3 Tawaran Kompaun , 2 penyediaan kertas siasatan bagi Izin Mengkompaun, dan 5 Notis Arahan telah diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka di atas pelanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan@doe.gov.my. #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka