Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SIASATAN ADUAN BUNYI BISING DAN HABUK DI PERAK
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS PERAK
- Lokasi
- TRONOH
Penerangan
05 Mac 2025, Tronoh - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak telah menjalankan siasatan susulan aduan berkaitan bunyi bising dan habuk yang berpunca dari mesin kilang pembuatan kayu yang memberi kesan kepada penduduk sekitar.
JAS Perak telah melaksanakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) bagi siasatan yang lalu dan pihak kilang dalam proses pembaikan dengan pemasangan alat kawalan yang lebih berkesan.
JAS Negeri Perak akan terus komited dalam menjalankan pemantauan dan siasatan bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar serta kesihatan awam sentiasa terpelihara.
Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.
#NRES
#hariozonsedunia2026
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_mac2026
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari