Koleksi Gambar / Program Pengawasan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PEMANTAUAN EXTREME VALUE SG SAMARAHAN OLEH JAS SARAWAK
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS Sarawak
- Lokasi
- Kuching, Sarawak
Penerangan
2 Mac 2026, KUCHING - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah menjalankan pemantauan bagi mengenalpasti punca yang berpotensi telah menyebabkan bacaan di Stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Manual di Sungai Samarahan mencapai bacaan extreme value. Extreme value adalah nilai yang melebihi julat bacaan yang pernah direkodkan.
Siasatan dan pemantauan dijalankan di sekitar Sungai Samarahan dan pemantauan udara menggunakan dron turut dijalankan di beberapa lokasi berhampiran. Semasa siasatan tersebut, bacaan in situ juga dilaksanakan bagi menilai keadaan semasa kualiti air sungai.