Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LATIHAN TEKNIKAL PEMBEKALAN KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA (CKD) JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) TAHUN 2025
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Akar Global Sdn Bhd
- Lokasi
- Hilton Garden Inn Puchong Perdana
Penerangan
Latihan Teknikal Pembekalan Kenderaan Pacuan Empat Roda (CKD) Jabatan Alam Sekitar Tahun 2025 telah dilaksanakan melibatkan penyertaan wakil JAS Zon Tengah dan Zon Selatan sebagai inisiatif memperkukuh kompetensi pegawai dalam pengendalian aset kenderaan jabatan. Program ini memberi penekanan kepada pendedahan teknikal berkaitan spesifikasi, fungsi serta tatacara penggunaan Toyota Hilux yang dibekalkan bagi menyokong pelaksanaan tugas penguatkuasaan dan operasi lapangan. Selain meningkatkan kefahaman terhadap aspek keselamatan dan pengendalian kenderaan pacuan empat roda, latihan ini turut menjadi platform perkongsian pengetahuan bersama pembekal berhubung penyelenggaraan serta penjagaan kenderaan bagi memastikan aset jabatan sentiasa berada dalam keadaan optimum, selamat digunakan dan berdaya tahan. Program diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta.